I made this widget at MyFlashFetish.com.

NATASYAH ELZA RAIZUL HASNI

Sunday, January 9, 2011

MALAM YANG SEPI

Akhir penceritaan yang berkesudahan dengan kegembiraan dan ketenangan.. Aku sentiasa inginkan satu kesudahan dalam kehidupan yang berakhir dengan tenang dan kegembiraan. Aku tidak boleh menukar takdir dengan kuasa hati yang bercelaru. Apa yang telah ditakdirkan telah datang dan aku pasrah. Aku percaya dengan adanya Allah untuk aku tenangkan hati aku dalam keadaaan marah atau tidak puas hati. Aku kehilangaan satu semangat yang dulu sangat kuat sehingga akhir ini aku masih mencari semangat itu. Aku bukanlah selemah yang disangkakan. Aku kuat pada dasarnya tapi mati dilubuk hati yang dalam. Tidak mempunyai semangat untuk aku bangun melawan musuhku. Aku tidak tahu mengapa aku menulis rangkaan seperti ini tapi mugkin ini adalah luahan hati aku pada malam nie. Mahu melupakan hari yang sudah dalam keadaan tenang. Aku tidak mampu untuk merubah seseorang seperti yang aku harapkan malah meyakinkan bahawa aku adalah yang terbaik. Aku juga tidak seperti apa yang diharapkan oleh mereka. Aku bangun dari tidur petangku dan terus berfikir, apa kah makna aku bersedih tanpa ada sebarang sebab yang kukuh sehingga semua orang yang ada dihadapan telah aku marahi. Sungguh kejam sifatku sedemikian. Aku cuba buat yang terbaik dan semua yang berlaku berkemungkinan mempunyai sebab. Apa salahnya aku berubah. Malangnya, aku tidak tahu untuk memulakan nya dari mana. Aku ingin mengubah semua dan menjerit......... Alangkah bagus kalau apa yang aku hasrati dapat terjadi, masa begitu cepat dan aku keseorangan. Keseorangan tanpa ada sayap yang menemani... Aku mengulangi keadaan yang sama berulang kali....Semua sudah kelihataan seperti yang diharapkan. Setiap masa berdoa mengharapkan sesuatu kejadian datang dengan perlahan. Lebih-lebih lagi kegembiraan yang aku kecapi sekarang. Aku Bangga dengan keputusan aku dan aku cuba sedaya upaya meyakinkan ia adalah yang terbaik dan akan aku kongsi bersama orang yang aku sayang. Insyallah, akan saya usahakan sampai semester yang terakhir :) Amin. Selamat Malam Dunia :)